Make your own free website on Tripod.com

Dr Chua Yan Piaw - Nota KPLI

Home | Fitrah Manusia | Teori Perkembangan1 | Teori Perkembangan 2 | EQ | Perbezaan Individu | Motivasi | Falsafah Pendidikan | Falsafah Pendidikan 2 | Personaliti | Konsep kendiri | Gaya Pembelajaran | Kemahiran Berfikir | Bimbingan | Kemahiran B&K | Peranan Guru Biasa | Komunikasi | Tingkahlaku Bermasalah | Peranan Guru

Psikologi

Gabungan perkataan Greek -
Minda (Psyche) + Kajian (Logos).

Maksud: Kajian Minda melalui pemerhatian terhadap tingkah laku, juga dikenali sebagai sains tingkah laku.

Whittaber William (1960): Kajian sainstifik tingkah laku dan aktiviti manusia.
Baron (1989): Kajian sainstifik tingkah laku manusia dan proses mental.

Kajian sainstifik mengenai cara manusia berfikir dan pengaruhnya terhadap tingkah laku atau pengaruh peribadi individu terhadap tingkah lakunya.


Contoh:
Mengkaji kaitan antara motivasi murid dengan pencapaian akademik mereka.
Mengkaji kepuasan pelajar dan kemahiran berfikir mereka.


Kepentingan Psikologi:
• Memahami manusia dengan lebih baik melalui tingkah lakunya.
• Memahami faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya tingkah laku seseorang manusia.

 

Pendidikan

• Satu proses menyeluruh memperkembangkan kebolehan manusia dan tingkah laku.

• Satu proses sosial di mana seseorang mencapai kompetensi sosial dan pertumbuhan individu, dilaksanakan dalam situasi terpilih dan terkawal seperti di sekolah.

• Satu bentuk persekolahan formal untuk mendapatkan pengetahuan. Pengajaran dan aktiviti pembelajaran dirancang oleh pakar pendidik untuk mencapai matlamat dan objektif yang telah dirancang.

• Satu proses perkembangan di mana pelajar dapat memperkembangkan fizikal, mental, sosial dan emosinya secara betul.

• Satu proses berterusan dimana seseorang diberi peluang belajar untuk menambahbaik diri, berketebukaan dalam mengasimilasik dan akomodasi idea baru, serta peka terhadap alam sekitarnya.


• Satu proses bersepadu untuk mencapai matlamat keperluan dan aspirasi masyarakat.

• Satu profesion yang mengkaji dan membina metodologi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.


Psikologi Pendidikan

Memilih pengetahuan yang bersesuaian dari didiplin psikologi dan menggunakan pengetahuan ini untuk memberbaiki kualiti dan hasil proses pendidikan.


Kepentingan Psikologi Pendidikan

• Memahami tingkahlaku murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui pemerhatian guru.

• Mengambar, menerangkan, mengawal, meramal tingkah laku dan seterusnya memodifikasi tingkah laku yang tidak diingini kepada yang diingini.

• Digunakan untuk membaiki kualiti dan hasil proses pendidikan dalam bilik darjah.

• Memberi pengetahuan kepada guru mengenai teori dan prinsip psikologi untuk digunakan dalam bilik darjah.

• Memberi kesedaran kepada guru mengenai perbezaaan individu dari segi kognitif, afektif dan psikomotor.

• Membantu guru merancang aktiviti yang sesuai dengan perkembangan pelajar.

• Memberi pengetahuan kepada guru untuk mengenai naluri dan keperluan murid.


Perbezaan pertumbuhan & perkembangan

Pertumbuhan


Jasmani

Pertumbuhan: Tinggi, berat, bilangan gigi

Perkembangan: Bertambah keupayaan menggunakan/mengawal anggota, kemahiran, ketepatan

Mental

Pertumbuhan: Keupayaan memikir banyak perkara

Perkembangan: Bertambah kemahiran menggunakan bahasa, kemahiran berfikir, penaakulan, ingatan dsbnya


Sosial

Pertumbuhan: Keupayaan berinteraksi dengan orang lain, jiran, rakan

Perkembangan: Menyedari perbezaan antara antara individu, jantina serta penyesuaian dengan rakan semasa berinteraksi


Emosi

Pertumbuhan: Tumbuhnya perasaan suka, duka, sayang dsgnya.

Perkembangan: Berupaya menguasai perasaan dan mengawal perasaan ketika merah dsbnya.


Pertumbuhan

Pertumbuhan mewakili perubahan kuantitatif , atau istilah dalam istilah yang mudah, iaitu gambaran kepada perubahan fizikal.

Cth:
berat badan bertambah, tangan memanjang, perbendaharaan bertambah.

Perkembangan:

Perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan.


Perkembangan rohani – berkaitan dengan Tuhan

Perkembangan kognitif – perubahan pemikiran

Perkembangan sosial – perubahan dalam berhubung dengan orang lain.

Perkembangan fizikal – perubahan tubuh

Perkembangan emosi – perubahan personaliti individu

Apakah Prinsip pertumbuhan & perkembangan?

• Berlaku dari umum ke khusus – bayi menangis (umum) – lapar (khusus)

• Menunjukkan peringkat kerumitan - pertumbuhan otot kasar ke halus, belajar menggunakan startegi menyelesaikan masalah mengikut tahap.

• Berlaku pada kadar yang berbeza – pencapaian tinggi manusia berbeza pada umur berbeza.

• Mengikut tertib yang tertentu – membesar mengikut tertib, kemahiran percakapan mengikut urutan tertentu – bahasa bayi-bahasa dewasa.

• Berlaku secara beransur-ansur – kemahiran bermain bola dikuasai sacara beransur-ansur.

 

Apakah Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan & perkembangan ?

1. Faktor endogen:
• sifat yang dibawa sejak dalam kandungan hingga kelahiran

Baka -Mewarisi sifat-sifat ibu bapa tinggi, warna rambut, temperamen, kecacatan mental, kecerdasan dsbnya)
Pemakanan -Pemakanan ibu semasa mengandung
Kesihatan ibu-Kesihatan ibu semasa mengandung
Dadah, alkohol, merokok- Pengambilan dadah ibu dan bapa
Rh darah -Darah Rh negatif menghasilkan antibodi yang menhapuskan sel darah fetus yang mengalir melalui uri dan memasuki darah ibunya.
Kesan X-ray- Kecacatan fetus
Emosi ibu- Kesan hormon adrenalin semasa bimbang dan marah menyebabkan darah tidak mengalir ke fetus, kekurangan bekalan oksigen
Umur ibu -Kemungkinan melahirkan bayi Sindrom Down tinggi
Penyakit ibu -Melahirkan bayi abnormal


2. Faktor eksogen:
Faktor yang datang dari luar diri individu

1. Persekitaran 2. pemakanan 3. Tempat tinggal
4. keluarga 5. Rakan sebaya 6. Pusat ibadat
7. Persekitaran dunia 8. Media elektronik dan sebaran am

 

 

Apakah maksud Teori Perkembangan Kognitif Piaget?

1. Teori Perkembangan Kognitif Piaget

• Kanak-kanak membina maklumat secara aktif semasa meneroka dunia sekelilingnya.
Mereka mengadaptasikan pemikiran dengan memasukkan idea-idea baru bagi menambahkan lagi kefahaman tentang sesuatu perkara.

A) Adaptasi - proses penyesuaian kepada persekitaran di mana schema berubah.

• Proses adaptasi berlaku melalui 2 cara:

1. Assimilasi - meletakkan pengalaman baru dalam struktur mental yang ada.

2. Akomodasi - proses mengubah struktur mental untuk mnyesuaikan diri kepada persekitaran.

B) Organisasi:
• Satu proses berterusan untuk menyusun maklumat dan pengalaman ke system mental atau kategori.
• Apabila schema baru dibentuk, schema itu disusun semula dan dikaitkan kepada schema lain supaya membentuk satu sistem kognitif yang saling berkaitan.

C) Equilibrasi
• Proses penyesuaian berpusat kpada penerangan pembelajaran Piaget. Pelajar cuba mengimbangkan antara asimilasi dan akomodasi untuk meneruskan pembelajaran.

• Proses mengasimilasi bahan pembelajaran dinamakan equilibrasi.

Teori Piaget berasaskan anggapan bahawa perkembangan kognitif manusia berlaku dalam peringkat urutan yang ketara.

Menurut Jean Piaget, perkembangan pemikiran kanak-kanak dapat dibahagikan kepada empat peringkat seperti berikut:

1. sensori motor
2. operasi
3. Operasi yang konkrit
4. operasi formal

(B) Perkembangan kognitif berlaku dalam peringkat.


Sensori motor: 0 - 2 tahun. Boleh membuat greak balas refleks.
Kanak-kanak menggunakan deria motor dan deria yang lain untuk memahami dunia mereka.


Pra-operasi: 2 - 7 tahun. Penggunaan simbol dan bahasa, tidak faham hukum keabadian jisim, luas, berat, isipadu, nombor.
Kanak-kanak pro sekolah menggunakan keupayaan berfikir secara simbolik untuk menyelesaikan masalah, tetapi tahap pemikiran masih tidak mengikut logic dan mudah diperdaya oleh pesepsi yang berlainan.


Operasi konkrit: 7-11 tahun. Zaman persekolahan, boleh membuat klasifikasi, reversibiliti, hukum keabadian.
Berfikir secara logik dan konkrit. Boleh menyelesaikan masalah secara cuba jaya.

Operasi Formal: 12 tahun ke atas. Remaja boleh berfikir secara abstrak konsep hipotetikal dan boleh memikirkan akibat jangka panjang sesuatu aksi.
Boleh membuat penakulan abstrak, mengawal pembolehubah ,menguji hipotesis, menyelesaikan masalah.

Apakah maksud Teori kematangan Gesell ?

2. Teori kematangan Gesell

• Perkembangan berlaku secara dalaman.
• Ciri-ciri tertentu seseorang akan muncul bila tiba peringkat kematangan yang bersesuaian.
• Kematangan fizikal merupakan faktor utama untuk mennetukan proses pembelajaran.
• Apabila kesediaan (kekuatan otot, tulang, mental dan fizikal, emosi, dsbnya) tidak mencapai kematangan yang sesuai, peluang-peluang yang diberikan kepada pelajar untuk belajar sesuatu kemahiran tidak akan mencapai hasil yang positif.
• Kesediaan pelajar menentukan kejayaan pembelajaran pelajar.
• Lima tahun pertama merupakan tapak perkembangan tingkah laku dan aspek-aspek lain yang membawa kepada perkembangan seterusnya.

Lahir-5 tahun: Masa perkembangan yang lancar
5-6 tahun: Masa transisi, keperluan sekolah, rakan sebaya dan pengubahsuaian kepada peraturan.
7-10 tahun: Masa penyatuan dan penyesuaian kepada alam persekolahan
11-14 tahun: Masa trasisi; konflik berhubung dengan baligh dan keremajaan.
15-16 tahun: Masa penyetuan; persediaan untuk menghadapi alam dewasa.

Apakah keistimewaan Teori Perkembangan Tugasan Havighurst?

3. Teori Perkembangan Tugasan Havighurst

Robert Havighurst berpendapat bahwa seseorang individu mesti menyelesaikan “tugasan” pada setiap peringkat perkembangan pada setiap tahap perkembangan.

Jika tidak, individu itu akan mengalami masalah perkembangan pada peringkat yang berikutnya.

Havighurst mendefinisikan tugasan sebagai kemahiran, sikap, kefahaman, dan pencapaian sebagai ciri-ciri setiap peringkat perkembangan.

Tugasan atau tugas perkembangan ialah satu set kemahiran atau kebolehan yang perlu dikuasai oleh individu.


Cth: belajar merangkak (menyelesaikan masalah merangkak – kemahiran peringkat awal) sebelum berjalan (kemahiran peringkak lebih tinggi).


Robert Havighurst menyenaraikan 42 tugasan perkembangan dalam kehidupan seseorang individu.

Tugasan perkembangan dalam kehidupan seseorang individu

Perkembangan Tugasan

Lahir hingga awal kanak-kanak, 0-6 tahun:

Belajar makan makanan pepejal, berjalan, bercakap, membuang najis dan pengubahsuaian emosi.Belajar tentang perbezaan jantina, benbuat konsep “betul” & “salah”.

Kanak-kanak 6-12 tahun:

Belajar kemahiran fizikal untuk bermain, membentuk konsep diri yang sihat. Menguasai kemahiran menulis, membaca, mengira.

Awal remaja dan remaja 12-18 yahun:

Menggunakan fungsi badan dan deria dengan berkesan, belajar tanpa bantuan.
Boleh menguruskan kewangan sendiri.

Apakah Prinsip yang membentuk Teori Erikson?


4. Teori perkembangan Psikososial Erikson

Teori Erik Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikososial Erikson kerana ia mengabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu, iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial.


Teori Erikson berdasarkan lima prinsip:

1. Manusia mempunyai keperluan asas yang sama.
2. perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas.
3. perkembangan manusia mengikut tahap-tahap yang tertentu.
4. setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap yang berikutnya.
5. kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya.

Konflik dalam setiap tahap di bawah Teori perkembangan Psikososial Erikson



1. kepercayaan lwn tidak ketidakpercayaan: Lahir-18 bulan

Bayi mesti menjalin kasih sayang dan kepercayaan dengan pengasuh atau sebaliknya membentuk perasaan tidakpercaya.

2. Autonomi lwn malu/keraguan 18 bulan- 3 tahun:

Tenga kanak-kanak disalurkan untuk perkembangan kemahiran fizikal seperti berjalan, menggenggam dsbnya. Kanak-kanak belajar mengawal emosi tetapi sebaliknya mungkin membentuk perasaan malu sekiranya tidak diuruskan dengan baik.

3. inisiatif lwn perasaan bersalah 3-6 tahun:

Kanak-kanak menjadi lebih mendesak dan berinisiatif tetapi sebaliknya berkemungkinan keterlaluan sehingga menimbulkan perasaan bersalah.

4. ketekunan lwn rasa rendah diri 6-12 tahun

Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap.

5. identiti lwn kekeliruan identiti 12-18 tahun

Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pekerjaan, peranan jantina, politik dan agama, jika tidak perasaan rendah diri akan timbul.

6. kerapatan lwn pengasingan 18-35 tahun

Dewasa akan membina hubungan rapat atau sebaliknya merasa terasing jika tidak mahir membina hubungan.


7. generativiti lwn pemusatan kendiri (stagnasi) 35-60 tahun

Setiap dewasa mencari jalan untuk memuaskan hati dan menyokong generasi akan datang atau sebaliknya hanya memusatkan kepada perkembangan /aktiviti diri.

8. kesepaduan lwn putus asa 60tahun – akhir hayat

Kemuncak perkembangan di mana perasaan diterima dengan perasaan kepuasan atau merasa tidak diterima dan putus asa dengan kehidupannya.

 

Sila senaraikan dan huraikan tahap-tahap perkembangan Kohlberg?

5. Teori Penaakulan Moral Kohlberg

Perkembangan manusia berlaku mengikut 3 tahap tertentu.

Tiga tahap dalam Teori Penaakulan Moral Kohlberg

Tahap 1
Penaakulan Moral Pra-konvensional
• Pertimbangan berdasarkan keperluan individu & peraturan

Peringkat 1: Orientasi hukuman-patuh
• Peraturan dipatuhi untuk mengelakkan hukuman. •
Peringkat 2: Orientasi ganjaran individu
• Keperluan individu yang menentukan salah dan betul.
• Pertolongan adalah atas dasar mengharapkan balasan.

Tahap 2
Penaakulan Moral Konvensional

• Pertimbangan adalah berdasarkan persetujuan orang lain, harapan keluarga, nilai tradisional, undang-undang masyuarakat, dan kesetiaan kepada Negara.

Peringkat 3: Orientasi kanak-kanak baik
(good boy-nice girl orientation)
• Berdasarkan apa yang dipersetujui oleh orang lain tentang dirinya sebagai baik.

Peringkat 4: Orientasi mengekal susunan sosial
• Berdasarkan undang-undang yang mutlak, pihak berkuasa dihormati dan susunan sosial dikekalkan.


Tahap 3
Penaakulan Moral Pra-konvensional

Peringkat 5: Orientasi perjanjian sosial
• Kebaikan ditentukan oleh piawaian hak individu, yang ditentukan oleh sosialnya.

Peringkat 6: Orientasi prinsip etika universal
• Kebaikan dan kebenaran ditentukan oleh hati nurani seseorang individu & melibatkan konsep abstrak seperti keadilan, marual insan dan kesamaan.

 

Nyatakan cara-cara guru membantu murid mencapai perkembangan.

Cara-cara guru membantu murid mencapai perkembangan

1. Membantu kanak-kanak memahami diri mereka dan peringkat-peringkat perkembangan mereka.

2. Membantu murid memahami emosi mereka.

3. Membantu murid menguruskan emosi secara betul: kemarahan, ketakutaan, kebimbangan dsbnya dan menyalurkan emosi ke arah positif.

4. Membantu murid-murid mengembangkan hubungan mereka yang akan memberi kesan positif dalam perkembangan mereka.

5. Memupuk nilai murni dalam diri murid, bekerjasama, tanggungjawab, tekun & sbgnya.

6. Membantu murid-murid memahami konflik yang wujud antara mereka dan memahami perbezaan individu.

7. Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk perkembangan murid.

8. Meningkatkan keupayaan komunikasi murid supaya mereka dapat berinteraksi dengan orang lain dengan baik. Ia akan meningkatkan perkembangan mental mereka.

Potensi Manusia

Apakah maksud kecerdasan pelbagai?

• Setiap kanak-kanak mempunyai potensi untuk berjaya dalam kehidupan.

• Setiap kanak-kanak mempunyai potensi yang berbeza.

• Potensi kanak-kanak dapat diperkembangkan dengan baik melalui persekitaran yang kondusif dan cara yang sesuai.


Kecerdasan pelbagai (Howard Gardner, 1983)

1. Verbal / linguistik

• Kemahiran bahasa.
• Pemikiran simbolik,
• Penaakulan abstrak,
• Perkembangan menulis simbolik
• Metafora, analogi dsbnya • Meminta kanak-kanak mengarang dan membaca.
• meminta kanak-kanak merumus dan bercerita semula setelah membaca.

Logikal/ matematik

• Berfikir secara logikal,
• Berfikir Induktif dan ke deduktif,
• Mutlak,
• Mengenali corak geometri
• Mengamati konsep abstrak dsbnya • Menyediakan aktiviti /permainan logik
• Merangsang murid-murid berfikir secara logik.
• Membawa kanak-kanak melawat pameran sains dan matematik.

Kinestatik

• Anugerah pergerakan badan yang baik,
• Aktif bergerak,
• boleh mentafsir gerak isyarat,
• Boleh membaca gerak-geri orang lain dsbnya
• Memberi peluang kanak-kanak aktiviti fizikal
• Menggalakkan aktiviti tarian dan sukan
• Menyediakan tempat bermain

Spatial (Ruang)

• Kebolehan mengesan imej,
• Ingatan visual yang kuat,
• Mengenali ruang 3-dimensi,
• Suka berkhayal jauh ke ruang angkasa.
• Menyediakan aktiviti teka silang
• Aktiviti melakar bentuk 3-dimensi
• Aktiviti meneka bentuk-bentuk


Muzikal

• Keupayaan menghasil dan menhayati muzik,
• Pendengaran yang tajam, boleh membezakan bunyi dengan baik
• Memberi peluang kanak-kanak bernyanyi dan belajar muzik.
• Menggalakkan kanak-kanak mereka melodi muzik sendiri

Interpersonal

• Memahami dan berkomunikasi dengan baik dalam kumpulan,
• Keupayaan ganjil dalam memahami tingkahlaku orang lain.
• Mudah mengesan perasaan & emosi orang lain dsbnya.
• Menggalakkan kanak-kanak bekerja dalam kumpulan
• Menggalakkan kanak-kanak menyertai persatuan/kelab.


Intrapersonal

• Mempunyai rasa kendiri yang kuat.
• Perasaan intuitif yang kuat,
• Rasa kebijaksanaan dalaman yang kuat,
• Berupaya bekerja sendiri dengan baik. • Menggalakkan kanak-kanak mempunyai hobi dan kegemaran.
• Mendengar suara hati kanak-kanak
• Menggalakkan kanak-kanak berimaginasi


Naturalis

• Memahami alam semula jadi dengan baik.
• Boleh apresiasi persekitaran.kebolehan mengenali corak dalam alam semula jadi dengan baik.
• Membawa kanak-kanak ke alam semula jadi, muzium dsbnya
• Mengadakan aktiviti luar bilik darjah.
• Mengwujudkan pusat aktiviti semula jadi dalam bilik darjah.

Kecerdasan Emosi (EQ)

EQ mengandungi:
• Kesedaran diri
• Menguruskan emosi (diri)
• Memahami emosi (orang lain)

Teori EQ Daniel Goleman

• Kesedaran diri dan empati mempengaruhi darjat kejayaan seseorang individu.

• EQ boleh diajar.

• EQ memberi suatu kerangka luas untuk melihat dan menilai pengalaman personal & interpersonal.

• Emosi memberi kesan kepada tingkahlaku, kejayaan profesional, sosial, dan darjat kesejahteraan fizikal kita.

Kecekapan kecerdasan emosi
1. Kecekapan personel

2. Kecekapan sosial

Cara-cara guru membantu murid mengurus EQ diri

Membantu pelajar dari segi:
1. kesedaran diri – mengenal perasaan dan menamakannya.
2. menguruskan emosi – belajar mengawal emosi diri dan mententeramkan emosi orang lain.
3. empati- melihat dan memahami orang lain dari perspektif yang lain.
4. berkomunikasi – mengembangkan perhubungan yang positif dengan semangat optimisme.
5. berkerjasama- mengetahui cara dan bila hendaklah memimpin dan bila harus mengikut.
6. menyelesaikan konflik – memahami cara menyelesaikan konflik melalui kawalan emosi.


Perbezaan individu

Perbezaan individu: pelbagai jenis murid berisiko, Pelbagai kebolehan, pelbagai kelas sosial, pelbagai budaya, pelbagai sosialisasi, tempat tinggal berbeza.

Jenis perbezaan individu Contoh
Fizikal Jantina, rupa, saiz badan dll
Kognitif Kebolehan berfikir, membuat penaakulan.
Sosial Bersosial, bersendiri
Emosi Beremosi, sensitif, riang, murung
Rohani Kepercayaan berbeza

Kesan perbezaan individu:
• Sesetengah pelajar belajar lebih cepat / lambat,
• Gaya pembelajaran berbeza,
• Idea berbeza,
• Emosi berbeza
• Pegangan / nilai hidup berbeza
• Kaedah menyelesaiakan masalah berbeza,


Kesan perbezaan individu dan implikasnya terhadap guru untuk meningkatkan hasil pengajaran & pembelajaran:

- Pengetahuan tentang perbezaan individu harus diambilkira semasa menyediakan rancangan pengajaran & pembelajaran.
- Menggunakan pelbagai kaedah/ teknik mengajar dalam pengajaran & pembelajaran.
- Menggunakan ABM yang berbeza.
- menyediakan pengajaran yang sesuai dengan kesediaan pelajar.
- menggunakan pengajaran yang berpusatkan murid.
- menggunakan kaedah pengajaran koperatif dan kolaboratif.